KUALA LUMPUR: Setelah empat tahun, ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah kembali bersedia mempamerkan aksi cemerlang di pentas dunia, pada Kejohanan Waterski Dunia Bawah 21 tahun (B-21) di Boca Laguna, Mexico dari 13-17 Jun.
Kali terakhir peluncur yang kini berusia 20 tahun itu bertanding dalam Kejohanan Waterski Dunia 2019 ialah di Putrajaya, ketika beliau berada dalam prestasi terbaik untuk menduduki tempat 10 teratas dalam acara tricks terbuka wanita serta acara keseluruhan, meskipun baru menginjak usia 16 tahun, sebelum aktiviti luncur air terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Ternyata kali ini, beliau berharap melalui kematangan dirinya, dia berupaya mempamerkan potensi diri yang sebenar dan berharap dapat meraih podium di Mexico nanti.
Bagaimanapun, Aaliyah, yang terpaksa mengimbangi antara pelajaran dan aktiviti sukan sejak mendaftar di Florida Southern College awal tahun ini, sentiasa berpijak di yang nyata bumi.
"Saya sukar mengimbangi antara latihan luncur air dengan pengajian di universiti kerana ini adalah semester pertama saya di universiti," kata Aaliyah, yang tiba di Mexico beberapa hari lalu ditemani jurulatih lamanya dari Chile, Larry Gisler.
"Bagaimanapun, saya sememangnya sangat gembira dengan keputusan akademik saya kerana amat penting bagi saya untuk bekerja keras demi penaja yang menyokong kemajuan kerjaya dan pelajaran saya sama ada di universiti mahupun bidang sukan," katanya dalam satu kenyataan.
Di atas kertas, Aaliyah mempunyai peluang yang sama kerana dia kini menduduki tempat kedua dalam acara tricks dan keseluruhan, dan di tempat ketiga dalam disiplin jump dalam ranking Dunia Bawah-21 Kejohanan Dunia Ski Air dan Papan Luncur Antarabangsa (IWWF).
Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) telah mendaftarkannya dalam ketiga-tiga disiplin- ticks, slalom dan jump - supaya dia juga boleh bersaing untuk memburu pingat dalam kategori keseluruhan dan lompatan sebagai tambahan kepada acara tricks kegemarannya.
Ketua Jurulatih MWWF Hanifah Yoong berkata walaupun ia bakal menjadi satu cabaran buat Aaliyah untuk memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk bersaing dalam ketiga-tiga acara berkenaan, namun beliau tetap percaya Aaliyah mampu melakukannya dengan baik.
"Aaliyah telah meningkat begitu ketara dalam disiplin jump dan kami tidak boleh menggugurkan sebarang acara kerana dia kini menuju ke kedudukan podium untuk acara keseluruhan dan jump. Saya rasa peluang terbaik beliau mungkin menerusi keseluruhan berbanding disiplin tricks," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Aaliyah berharap dapat mempamerkan potensi diri yang sebenar dan berharap dapat meraih podium di Mexico nanti. - Gambar fail
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Aaliyah sedia buru kedudukan podium pada Kejohanan B-21 Dunia
Aaliyah berharap dapat mempamerkan potensi diri yang sebenar dan berharap dapat meraih podium di Mexico nanti.
Aaliyah sasar tampil lebih hebat di dua kejohanan utama
Atlet berusia 19 tahun itu berkata prestasinya kali ini menjadi petanda ke arah pencapaian yang lebih baik akan datang.
Aaliyah raih gangsa di Kejohanan Dunia Birmingham
Rangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS).
Aaliyah Yoong perbaiki rekod kebangsaan
Catat lompatan sejauh 39.5 meter (m) untuk mengungguli pusingan pertama kategori junior untuk mara ke pusingan kedua.
Aaliyah Yoong bersedia beraksi di Moomba Masters
Acara itu merupakan satu kejohanan di mana hanya atlet terbaik dunia sahaja akan menyertainya.
Aaliyah layak ke final, atasi rekod Asia
Itu adalah kali ketiga ratu luncur air negara melakukan pungutan melebihi 7,000 mata.
Aaliyah Yoong mara ke final Kejohanan Remaja Dunia
Atlet ski air muda Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah berjaya menempa nama di pentas dunia selepas mara ke final acara 'trick'.
Aaliyah Yoong ketuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Pra Sukan SEA
Pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura, Aaliyah Yoong Hanifah akan mengetuai cabaran negara pada Kejohanan Ski Air dan Papan Luncur Pra Sukan SEA.